KAMPUS ASTRO DI SMK LUBOK ANTU
Pada 29 hb. Julai, 2009(Rabu) yang lalu, pihak Astro dan Pusat Sains Negara telah berkunjung ke SMK Lubok Antu bagi mempromosikan Program Kampus Astro bersama komuniti sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang tujuan Kampus Astro dan memperkenalkan saluran-saluran pendidikan yang dapat ditontoni pelajar dalam membantu pembelajaran mereka.

Turut hadir ke SMK Lubok Antu waktu itu adalah YB Encik William Nyallau anak Badak wakil rakyat Kawasan Batang Ai. Beliau telah dibawa untuk melihat sudut-sudut saluran pendidikan Astro di sekitar expo tersebut oleh Cik Dorene selaku ketua Expo Kampus Astro.













Pusat Sains Negara telah juga mempertunjukkan pelbagai aktiviti yang berunsurkan sains.

Pelajar-pelajar yang hadir di expo tersebut telah dihiburkan oleh telatah DJ Kampus Astro, Encik Harie, dimana berbagai soalan kuiz telah diberi kepada pelajar untuk dijawab. Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul telah diberi hadiah oleh pihak Astro berupa barangan Astro seperti kotak pensel dan buku catatan.

Expo Kampus Astro yang bermula pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pukul 2.00 petang.





























































BERPINDAH...

PKG Lubok Antu: Pegawai Teknologi Pendidikan, Ketua PKG Lubok Antu Encik Romayne Boniface Nugi telah berpindah ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sarawak. Beliau akan mula bertugas pada 10 Mac 2009.
Beliau mula sebagai Penyelaras PKG pada 19 Oktober 1999 hingga 01 Mac 2009 di PKG Lubok Antu.


Sesi Tandatangan dan Penyerahan Tugas di antara En.Romayne dan En.Dismond Entebang. Encik Dismond akan menganti dan menjalankan tugas Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Lubok Antu.


Saat-saat terakhir menabur bakti di PKG Lubok Antu.
Selamat bertugas di tempat baru, semoga kejayaan anda adalah kejayaan kita bersama.

Kursus Kampus ASTRO

Kursus Kampus ASTRO telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPN) pada 26 Februari 2009. Seramai 26 orang Pegawai PKG, 7 orang Pegawai PTP Bahagian dan beberapa pegawai BTPN yang mengikuti Kursus berkenaan. Ketua Penolong Pengarah BTPN Sarawak, Encik Wahid juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kursus berkenaan.

Peserta kursus itu nanti akan membantu Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) untuk memberi kursus atau bengkel di daerah masing-masing. GPM juga telah di beri kursus pada 27 Februari 2008. Walaubagaimana pun hanya dua orang guru GPM mewakili daerah masing-masing.

Kursus ini telah dilaksanakan oleh pihak ASTRO.




Peserta tekun mendengar penjelasan daripada pihak ASTRO



Senarai Tugas GPM

Tugas Guru Perpustakaan Dan Media semakin mencabar di sekolah. Selain daripada mengajar, tugas utama GPM ialah mengurus Pusat Sumber Sekolah(PSS). Tidak dinafikan, PSS merupakan salah satu tempat atau pusat yang penting di sekolah kalau di urus dengan baik bukan sahaja sebagai tempat rujukan malah yang penting turut memainkan peranan sebagai penyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.

Antara tugas GPM ialah :
  • Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.
  • Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaraan.
  • Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

Untuk mendapatkan senarai lengkap Senarai Tugas GPM : Senarai Tugas GPM / Kriteria Pemilihan dan Pelantikan GPM

Sekolah Ku Dulu.....

Adakah kita berpuashati dengan keadaan dan pembangunan sekolah kini setelah 45 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia. Sememangnya, sebagai manusia biasa sangat jarang akan berpuas hati dengan apa yang ada tetapi kita juga harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan berpuashati dengan seadanya sekarang jika dibandingkan dengan dahulu. Ada juga yang tidak suka membanding, dulu dengan sekarang namun itulah hakikatnya. Keadaan geografi juga turut memainkan peranan untuk pembangunan sesebuah tempat.

Di sini ada beberapa buah gambar sekolah di sekitar 60 han, hanya untuk renungan bersama. Namun ada juga yang masih wujud secara fizikalnya.







Program Latihan Portal EduWebTV (PLPE) Pengurus Perubahan Dan Sokongan

BTPN Sarawak 15hb Dis.2008 : Program Latihan Portal EduWebTV (PLPE) Pengurus Perubahan Dan Sokongan sedang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak bermula 15 hingga 18 Disember 2008. Program latihan ini melibatkan pegawai-pegawai dari BTPN, semua pegawai PTPB dan PKG seluruh Sarawak. Pegawai-pegawai ini nanti akan menjadi pakar rujuk dan rundingan pertama kepada guru-guru di sekolah.
Latihan ini diketuai oleh Pro.Mohamad Bilal Ali, Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor

EDUWEBTV
EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV
membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid -murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yang
bertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurangdigital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.





EDUWEBTV boleh dilayari
di http://www.eduwebtv.com/




DEFINISI
EDUWEBTV merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan video yang
boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

VISI
Untuk menjadi Portal Pendidikan berasaskan Video Pendidikan bertaraf dunia
menerusi penerapan nilai-nilai murni menggunakan teknik video.

MISI
Untuk menerajui pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berteraskan
teknologi maklumat dan komunikasi yang kreatif sejajar dengan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.

COGAN KATA
Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education for All)

SALURAN-SALURAN EDUWEBTV
EDUWEBTV merupakan Portal berasaskan kepada video pendidikan yang
mempunyai saluran-saluran tertentu yang mempunyai fokus dan matlamat yang berbeza.Terdapat tujuh (7) saluran dalam Portal EDUWEBTV seperti saluran Berita, Akademik,Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung.

JENIS PENGGUNA
EDUWEBTV mempunyai beberapa jenis pengguna yang boleh mengaksesnya
secara atas talian. Antara jenis pengguna yang terdapat dalam Portal EDUWEBTV ialahPentadbir Sistem dan juga Pengguna Akhir yang terdiri daripada Pengguna Awam, Gurudan juga Murid. Setiap jenis pengguna ini mempunyai capaian dan akses yang tersendiri.

KEPERLUAN ASAS
Keperluan asas atau minimum merupakan perkara yang perlu diberi perhatian
yang utama sebelum pengguna menggunakan sesuatu aplikasi. Portal EDUWEBTV
mempunyai beberapa keperluan asas yang perlu diikuti bagi memastikan pengguna dapatmenikmati ciri-ciri hebat Portal EDUWEBTV dengan lancar tanpa sebarang gangguan.EDUWEBTV menetapkan beberapa keperluan asas yang dapat memberikan paparanterbaik seperti penggunaan pelayar web, pemain video dan juga resolusi paparan. Pelayarweb yang cadangkan untuk paparan terbaik adalah ‘Internet Explorer versi 6.0 dan keatas. Manakala bagi pemain video pula terdiri daripada Windows Media Player 9.0 dan ke atas. Paparan terbaik hanya akan dapat dinikmati apabila resolusi skrin ditetapkanpada ukuran 1024 x 768 ‘pixels’.

RUMUSAN
Pengenalan dan Pendedahan awal kepada Portal EDUWEBTV diawal sesi latihan dapatmemberi gambaran secara menyeluruh kepada peserta mengenai Portal EDUWEBTV.Oleh itu, diharapkan latihan yang akan diberikan seterusnya akan berjalan dengan lancardan baik. Hasil daripada pengenalan dan pendedahan ini membolehkan peserta membuat eksplorasi ke atas Portal EDUWEBTV dengan sendiri.



( lain-lain gambar aktiviti eduwebtv di menu Aktiviti)

Merry Christmas

Kepada rakan-rakan yang menyambut Kristmas,
Ucapan Selamat Hari Kristmas
semoga bahagian dan meriah bersama
keluarga yang tersayang.
Kepada yang balik ke kampong,
berhati-hati ketiga memandu di jalanraya.
Merry Christmas and May God Bless Us All.

Mesyuarat Jawatankuasa Laman Web/Portal BTP/BTPN/PTPB/PKG 2008

Mesyuarat ini diadakan di BTPN Johor pada 1 hingga 4 Dis.2008 yang dihadiri oleh pegawai BTP pelbagai sektor, BTPN, PTPB dan PKG. Mesyuarat ini bertujuan untuk penyelarasaan dan pemantapan Laman Web BTP yang melibatkan semua Webmaster BTP, BTPN, PTPB dan PKG dari semua negeri.




ITU, INI RAGAM BERSAMA KOMPUTER.....





Satu Kehilangan Besar Kepada Kementerian Pelajaran

Datuk Razali Ismail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.