Satu Kehilangan Besar Kepada Kementerian Pelajaran

Datuk Razali Ismail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Test Your Reading Skills

Ada sesiapa yg boleh baca ni?

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.ARD IF YOU CAN READ THIS

SISTEM PELAPORAN MASALAH (STS)

_________________________________________


BTPN 25 November 2008: Semua Pegawai PTPB dan PKG seluruh Sarawak telah didedahkan dengan Sistem Pelaporan Masalah atau Support Ticketing System (STS). Sistem ini telah ditaklimatkan oleh Pegawai-pegawai dari BTP KL. Sistem ini juga telah ditaklimatkan kepada pegawai PKG seluruh negara.
Sistem pelaporan masalah ini diwujudkan di BTP adalah bertujuan untuk merekod permasalahan berkaitan ICT telah mula digunakan semasa pelaksanan projek rintis 88 buah sekolah bestari. Pada masa itu, Syarikat Telekom Smart School (TSS) diberi peranan sebagai Meja Bantuan untuk 88 buah Sekolah Bestari dan mereka telah menggunakan Sistem FOCus (For Our Customer / User Satisfaction).

Pada tahun 2003, Bahagian Teknologi Pendidikan telah mengambil alih perana Meja Bantuan daripada TSS. BTP masih menggunakan Sistem FOCus sebagai sistem perekodan pelaporan yang digunakan merekod log masalah yang diajukan oleh pihak sekolah.

Pada masa ini tempoh waranti dan penyelenggaraan Sistem FOCus telah tamat. Begitu juga dengan lessen perisian Lotus Notes untuk membangunkan FOCus telahpun tamat, maka di tahun 2008 penjenamaan semula terhadap Sistem FOCus telah diwujudkan dengan nama Support Ticketing System (STS).

Tujuan diwujudkan STS adalah seperti berikut;

· Membantu mengenal pasti secara sistematik keatas semua masalah ICT agar dapat
diselenggara dan diatasi dengan cepat
· Membolehkan pelaporan ststus permasalahan inisiatif ICT dalam Program Pembestarian
Sekolah dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan
· Mewujudkan satu tempat tumpuan panggilan untuk menerima pelaporan permasalahan
ICT daripada pengguna
· Menyediakan modul pangkalan pengetahuan dalam sistem yang membolehkan semua
pegawai di BTP, rangkaian dan sekolah berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam
menangani permasalahan ICT

IMETC

Konvensyen Antarabangsa Teknologi Pendidikan Malaysia Ke-2

Konvension Antarabangsa Teknologi Pendidikan Malaysia ke-2 di adakan di Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang Darul Makmul pada 4 hingga 7 November 2008. Konvension ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (BTP), Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.


Perasmian Konvension telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM, Dr.Fazilah Bt.Ali Muda.

Antara pembentang kertaskerja ialah :

Pro. Zaid Ali Alsagoof (e-Learning Manager, The International Centre for Education in Islamis Finance (INCEIF), Malaysia. 69 Learning Adventures In 6 Galaxies
Zaidlearn blog: http://zaidlearn.blogspot.com

Pro. Isjoni MS (Dean of the faculty of Education Studies and Teachers Education, Universitas Riau, Indonesia. Peranan ICT Dalam Mewujudkan Sekolah Unggul

Pro.Richard Lowe (Professor of Learning Technologies, Curtin University of Technology, Perth, Westen Australia. Smarter Images: Can Technology Improve Educational graphics?

Selain daripada itu 72 kerjaskerja dan kajian dibentangkan yang terdiri daripada pos-gradurate students, agensi kerajaan dan wakilan lain.


Gambar kenangan bersama Pro. Zaid Ali Alsagoff

Geran khas perlu untuk mantapkan PKG

“Geran khas perlu untuk mantapkan Pusat Kegiatan Guru”
Ditulis oleh Berita Harian
Monday, 03 November 2008

_____________________________________________

BAHAGIAN Teknologi Pendidikan (BTP) memperuntukkan geran khas tahunan kepada institusi itu untuk menjalankan program inovatif pengajaran dan pembelajaran (P&P) termasuk projek Satu PKG Satu Produk.

Inisiatif itu secara tidak langsung berupaya meningkatkan koleksi serta kualiti bahan P&P BTP dan PKG serta memperluas penggunaannya di sekolah seluruh negara.

Cadangan itu antara kandungan resolusi konvensyen bertema ‘PKG Perkasa Generasi Bestari’ anjuran BTP selama tiga hari di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Ketua Unit Penyelarasan BTP/BTP Negeri selaku Ketua Urus Setia Pengelola konvensyen berkenaan, Dr Suhaimi Kadir, berkata cadangan itu berdasarkan kekangan kekurangan peruntukan kewangan dihadapi PKG ketika ini hingga menjejaskan pelaksanaan program yang menjurus peningkatan P& P.

Katanya, peruntukan mencukupi juga dapat memastikan pengurusan dan pentadbiran sistem penyampaian lebih cekap bagi mengelakkan masalah seperti pemantauan sekolah tidak dapat dijalankan dengan sempurna, peralatan pejabat tidak mencukupi serta kerosakan bangunan dan kelewatan penyelenggaraan.

Selain itu, katanya, BTP juga dicadang mengkaji semula nisbah PKG dengan sekolah ahli berikutan ada yang mencecah 200 sekolah bagi satu PKG berbanding nisbah ideal satu PKG : 20 sekolah ahli.

“Dengan tiga pegawai saja di PKG, sudah tentu beban tugas mereka bertambah di samping tidak dapat memberikan perkhidmatan cekap kepada pelanggan. Pertambahan pegawai ini perlu diberi keutamaan berbanding pembinaan PKG baru kerana ia mengambil tempoh lebih singkat untuk diusahakan,” katanya.

Beliau berkata, resolusi itu turut mencadangkan peningkatan kemudahan fizikal dan prasarana termasuk menyegerakan pembinaan bangunan baru bagi PKG yang menumpang di bangunan sementara.

Sambil menyambut baik pembinaan 15 PKG baru, resolusi itu meminta ia diteruskan kepada baki 153 PKG yang masih menumpang di bilik kelas dan menimbulkan masalah seperti ruang menyimpan sempit serta tidak selamat, selain tidak dapat menampung jumlah peserta yang ramai.

Bagi memastikan pentadbiran lebih cekap, ia turut mencadangkan PKG dibekalkan dengan sistem aplikasi atas talian seperti e-pejabat/ e-pentadbiran bagi menjimatkan penggunaan kertas serta membolehkan maklumat dan data diperoleh dengan pantas.

online berita harian: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20081103073135/Article/

Memperkasakan PKG di Berita Harian



Memperkasa PKG
Ditulis oleh Berita Harian
Monday, 03 November 2008
_______________________________________________

Lapan strategi dilaksana bagi tingkat peranan Pusat Kegiatan Guru sebagai rujukan, sumber pendidikan BAHAGIAN Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran menggariskan lapan strategi memperkasa Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi meningkatkan fungsinya sebagai pusat rujukan dan pembangunan sumber pendidikan serta memenuhi tuntutan semasa pendidikan bestari.

Strategi itu adalah memperkasa fungsi, mengukuhkan struktur dan modal insan, menaik taraf bangunan dan pusat sumber, memantapkan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengkhususan kepakaran, perjawatan, pusat kegiatan sosial/ komuniti serta ejen perubahan dan penyelesaian masalah.

Pengarah BTP, Mohd Adenan Deraman, berkata sebagai langkah awal pelaksanaannya kira-kira 2,200 tambahan kakitangan termasuk jawatan baru pegawai berijazah DG41 dan DG44 serta juruteknik akan diwujudkan menjelang 2010. Katanya, jumlah itu membabitkan penempatan seorang juruteknik komputer serta tambahan lima pegawai di semua 368 PKG berbanding hanya tiga pegawai berkelulusan diploma (DG32) ketika ini.

“Langkah itu sejajar strategi pengstrukturan perjawatan bagi memastikan PKG dapat memberikan khidmat lebih cekap dan berkesan dalam membantu guru serta meningkatkan kegiatan pemantauan ke sekolah.

“Sekolah di seluruh negara kini melalui perubahan dasar termasuk penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) apabila institusi ini dibekalkan prasarana seperti makmal komputer dan pusat akses.

“Sudah sampai masanya PKG melalui transformasi sejajar keperluan semasa dengan melakukan perubahan terutama dari segi struktur, fungsi dan peranan supaya ia terus dianggap sebagai ‘pasar raya’ guru yang sentiasa sibuk dengan pelanggan walaupun ada yang datang dengan tujuan paling minimum,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai strategi lain, Mohd Adenan berkata, memperkasa fungsi membabitkan program pemangkin kecemerlangan guru dengan objektif meningkatkan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan dan ICT.

Memperkukuh struktur dan modal insan pula katanya, akan dilaksanakan menerusi penambahan 132 PKG menjadikan jumlah keseluruhannya 500 supaya nisbah institusi pendidikan itu dengan keahlian sekolah seimbang iaitu satu PKG mempunyai 25 sekolah ahli saja.

“Di bawah strategi sama, kemahiran dan profesionalisme pegawai akan ditingkatkan termasuk memupuk kemahiran menyelesaikan masalah supaya mereka dapat membimbing guru menguasai ilmu dan kemahiran terkini serta inovasi pendidikan,” katanya.

Menyediakan ruang kerja sesuai dan penambahan bilik antara langkah akan diambil di bawah strategi menaik taraf bangunan dan pusat sumber untuk meningkatkan motivasi pegawai, sekali gus mendorong mereka memberikan perkhidmatan berkualiti.

Kadar kelajuan capaian internet pula akan diusahakan menerusi penyambungan talian Schoolnet dan Streamyx, talian terus ke PKG, menambah kapasiti jalur lebar kepada 4 mbps serta mewujudkan zon WiFi di persekitaran PKG menerusi strategi memantapkan inisiatif ICT.

Sementara itu, setiap PKG akan digalakkan membangunkan pengkhususan kepakaran masing-masing bagi mewujudkan identiti tersendiri serta meningkatkan kualiti dan kuantiti bahan P&P berasaskan ICT.

Kerjasama dengan agensi luar serta masyarakat pula akan digalakkan di bawah strategi pusat kegiatan sosial/ komuniti bagi meningkatkan jumlah guru dan masyarakat yang datang ke PKG untuk tujuan perkongsian idea.

Program peningkatan kefahaman fungsi dan peranan PKG pula akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi menghasilkan bahan P& P yang memenuhi keperluan guru untuk mengatasi masalah kekurangan koleksi bahan serta pengurusan kurang sistematik menerusi strategi ejen perubahan dan penyelesaian masalah.

INFO: Lapan strategi memperkasa PKG

1) Memperkasa fungsi
2) Mengukuhkan struktur dan modal insan
3) Menaik taraf bangunan dan pusat sumber
4) Memantapkan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
5) Pengkhususan kepakaran
6) Perjawatan
7) Pusat kegiatan sosial/ komuniti
8) Ejen perubahan dan penyelesaian masalah


online berita harian: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20081103073904/Article/