KAMPUS ASTRO DI SMK LUBOK ANTU
Pada 29 hb. Julai, 2009(Rabu) yang lalu, pihak Astro dan Pusat Sains Negara telah berkunjung ke SMK Lubok Antu bagi mempromosikan Program Kampus Astro bersama komuniti sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang tujuan Kampus Astro dan memperkenalkan saluran-saluran pendidikan yang dapat ditontoni pelajar dalam membantu pembelajaran mereka.

Turut hadir ke SMK Lubok Antu waktu itu adalah YB Encik William Nyallau anak Badak wakil rakyat Kawasan Batang Ai. Beliau telah dibawa untuk melihat sudut-sudut saluran pendidikan Astro di sekitar expo tersebut oleh Cik Dorene selaku ketua Expo Kampus Astro.













Pusat Sains Negara telah juga mempertunjukkan pelbagai aktiviti yang berunsurkan sains.

Pelajar-pelajar yang hadir di expo tersebut telah dihiburkan oleh telatah DJ Kampus Astro, Encik Harie, dimana berbagai soalan kuiz telah diberi kepada pelajar untuk dijawab. Pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul telah diberi hadiah oleh pihak Astro berupa barangan Astro seperti kotak pensel dan buku catatan.

Expo Kampus Astro yang bermula pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pukul 2.00 petang.