Kursus Kampus ASTRO

Kursus Kampus ASTRO telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPN) pada 26 Februari 2009. Seramai 26 orang Pegawai PKG, 7 orang Pegawai PTP Bahagian dan beberapa pegawai BTPN yang mengikuti Kursus berkenaan. Ketua Penolong Pengarah BTPN Sarawak, Encik Wahid juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kursus berkenaan.

Peserta kursus itu nanti akan membantu Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) untuk memberi kursus atau bengkel di daerah masing-masing. GPM juga telah di beri kursus pada 27 Februari 2008. Walaubagaimana pun hanya dua orang guru GPM mewakili daerah masing-masing.

Kursus ini telah dilaksanakan oleh pihak ASTRO.




Peserta tekun mendengar penjelasan daripada pihak ASTRO



Senarai Tugas GPM

Tugas Guru Perpustakaan Dan Media semakin mencabar di sekolah. Selain daripada mengajar, tugas utama GPM ialah mengurus Pusat Sumber Sekolah(PSS). Tidak dinafikan, PSS merupakan salah satu tempat atau pusat yang penting di sekolah kalau di urus dengan baik bukan sahaja sebagai tempat rujukan malah yang penting turut memainkan peranan sebagai penyumbang kepada pencapaian akademik pelajar.

Antara tugas GPM ialah :
  • Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.
  • Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaraan.
  • Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

Untuk mendapatkan senarai lengkap Senarai Tugas GPM : Senarai Tugas GPM / Kriteria Pemilihan dan Pelantikan GPM

Sekolah Ku Dulu.....

Adakah kita berpuashati dengan keadaan dan pembangunan sekolah kini setelah 45 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia. Sememangnya, sebagai manusia biasa sangat jarang akan berpuas hati dengan apa yang ada tetapi kita juga harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan berpuashati dengan seadanya sekarang jika dibandingkan dengan dahulu. Ada juga yang tidak suka membanding, dulu dengan sekarang namun itulah hakikatnya. Keadaan geografi juga turut memainkan peranan untuk pembangunan sesebuah tempat.

Di sini ada beberapa buah gambar sekolah di sekitar 60 han, hanya untuk renungan bersama. Namun ada juga yang masih wujud secara fizikalnya.