Safari Membaca Peringkat Daerah Lubok Antu

30 Oktober 2008 : Program Safari Membaca bertemakan “Bacalah Untuk Bijaksana” telah dilancarkan di daerah Lubok Antu sempena pelancaran Program Safari Membaca peringkat Bahagian Sri Aman bertempat di SK Abang Aing, Sri Aman. Sekolah-sekolah daerah Lubok Antu yang telibat ialah SMK Lubok Antu, SK Lubok Antu, SMK Engkilili dan SK Engkilili No.1. Disamping itu juga, pendengar boleh mengikuti program ini secara langsung melalui Sarawak FM dari SK Abang Aing, Sri Aman.
Sebelum itu, Maljis Pelancaran Safari membaca peringkat negeri Sarawak telah dilangsungkan di SMK Merapok, Lawas pada 24 Oktober 2008 oleh Y.B. Dato Seri Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan.




( gambar lain: Klik pada menu Aktiviti PKG )

SSQS


Smart School Qulification Standard

Taklimat berkenaan dengan SSQS di daerah Lubok Antu telah di adakan pada 28 Oktober 2008 di bilik mesyuarat PPDK Lubok Antu. Seramai 22 orang guru daripada 11 buah terpilih telah menghadiri taklimat berkenaan. Umumnya taklimat itu telah berjaya dijalankan dan guru-guru memberi kerjasama yang amat baik.

Sekolah-sekolah yang telibat ialah:
1. SMK Lubok Antu
2. SMK Engkilili
3. SK Lubok Antu
4. SK Melaban
5. SK Batang Ai
6. SK Kem Skrang
7. SK Engkilili No.1
8. SK Engkilili No.2
9. SK Merbong
10.SK Sedarat
11. SJK Chung Hua Engkilili


Safari Membaca

Peringkat Negeri Sarawak
2008

"Bacalah Untuk Bijaksana"



Rakan-Rakan Pergi Konvensyen PKG


KLIA..tunggu bas ke N9.........Pendaftaran Peserta Konvensyen


Majlis Konvensyen


Waktu Rehat di ruang lega Hotel


Majlis Makan Malam Konvensyen PKG

KONVENSYEN PKG PERINGKAT KEBANGSAAN KE-7 2008

Konvensyen PKG tahun ini telah di adakan pada 6 hingga 8 Oktober 2008 di Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan dengan bertemakan “PKG Perkasa Generasi Bestari”. Konvensyen PKG ke-7 telah di rasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Latarbelakang Konvensyen

Semenjak tertubuhnya PKG pada tahun 1980an, Konvensyen PKG dijalankan sekali setiap dua atau tiga tahun berdasarkan kepada keputusan resolusi Konvensyen PKG kali pertama pada tahun 1991. Hingga kini sudah enam konvensyen yang berjaya di anjurkan.

Konvensyen PKG merupakan satu-satunya platform utama untuk pegawai Teknologi Pendidikan seluruh Negara (368) memperluaskan ilmu pengetahuan tentang perkembangan semasa dan yang akan dating dalam pengurusan dan perkhidmatan professional keguruan dan pengajaran pembelajaran.

Objektif

Memperkasakan PKG sebagai satu pusat kecemerlangan centre for professional learning organization untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

Meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai PKG serta memantap dan mengukuhkan aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi PKG.

Melonjakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi pendidikan dan fungsi BTP dan rangkaian kepada pihak yang berkepentingan.

Konvensyen PKG Peringkat Kebangsaan ke-7, tahun 2008 dilaksanakan sebagai satu cara memperkasakan PKG sebagai satu Pusat Kecemerlangan Profesionalisme Guru setempat.

Memberi ruang dan peluang perkongsian idea antara pegawai PKG dan BTPN dalam meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan yang lebih professional sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa serta memantapkan dan mengukuhkan daya inovatif dan kreativiti dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi PKG.


Pencaramah / Kertas Kerja

Pihak Pengelola dan urus setia juga telah menjemput pencaramah-pencaramah dari dalam dan luar negeri. Antara kertas dan penceramah atau pembentang kertas kerja ialah :-

a. PKG Agen Perubahan Teknologi Setempat
Dato’ Prof.Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid

b. PKG Pemangkin Kecemerlangan
Prof. Madya Dr.Hj.Sahandi Gani bin Hj.Hamzah, UPM

c. Memperkasakan PKG
Tn. Hj.Mohd. Adenan bin Deraman,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

d.Pusat Kegiatan Guru: Pengalaman Indonesia
Drs. Achmad Dasuki,
Pengarah Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Indonesia

e.PKG: Organisasi Pembelajaran Profesional
Prof.Dato’Dr.Ab Rahim bin Selamat
Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor

f.Reading Recovery Technique for Remendial English Language Learners
Puan Iris Sapok, BTPN Sarawak

g.Pengajaran Kod Tangan Bahasa Melayu Melalui DVD
Untuk Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Encik Abdullah bin Yaacob, PKG Tanjung Bunga, Pulau Pinang

h.Sistem Aplikasi Pengurusan Online: Satu Kekuatan Dalam Pengurusan
Pusat Kegiatan Guru Bukit Besar
Encik Ahmad Suhaimi bin Said, PKG Bukit Besar Terengganu

SLIS – Sistem Maklumat Cuti Staf
Encik Asha’an bin Oman, PKG Parit Stongkat Muar, Johor

i.PKG Pemakin Kecemerlangan Guru : Projek Inovasi Setiu Simple Sentence
Encik Shansuddin bin Ahmad, PKG Langkap, Terengganu