KONVENSYEN PKG PERINGKAT KEBANGSAAN KE-7 2008

Konvensyen PKG tahun ini telah di adakan pada 6 hingga 8 Oktober 2008 di Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan dengan bertemakan “PKG Perkasa Generasi Bestari”. Konvensyen PKG ke-7 telah di rasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Latarbelakang Konvensyen

Semenjak tertubuhnya PKG pada tahun 1980an, Konvensyen PKG dijalankan sekali setiap dua atau tiga tahun berdasarkan kepada keputusan resolusi Konvensyen PKG kali pertama pada tahun 1991. Hingga kini sudah enam konvensyen yang berjaya di anjurkan.

Konvensyen PKG merupakan satu-satunya platform utama untuk pegawai Teknologi Pendidikan seluruh Negara (368) memperluaskan ilmu pengetahuan tentang perkembangan semasa dan yang akan dating dalam pengurusan dan perkhidmatan professional keguruan dan pengajaran pembelajaran.

Objektif

Memperkasakan PKG sebagai satu pusat kecemerlangan centre for professional learning organization untuk peningkatan profesionalisme keguruan.

Meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai PKG serta memantap dan mengukuhkan aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi PKG.

Melonjakkan dan memperluaskan penggunaan teknologi pendidikan dan fungsi BTP dan rangkaian kepada pihak yang berkepentingan.

Konvensyen PKG Peringkat Kebangsaan ke-7, tahun 2008 dilaksanakan sebagai satu cara memperkasakan PKG sebagai satu Pusat Kecemerlangan Profesionalisme Guru setempat.

Memberi ruang dan peluang perkongsian idea antara pegawai PKG dan BTPN dalam meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan yang lebih professional sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa serta memantapkan dan mengukuhkan daya inovatif dan kreativiti dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi PKG.


Pencaramah / Kertas Kerja

Pihak Pengelola dan urus setia juga telah menjemput pencaramah-pencaramah dari dalam dan luar negeri. Antara kertas dan penceramah atau pembentang kertas kerja ialah :-

a. PKG Agen Perubahan Teknologi Setempat
Dato’ Prof.Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid

b. PKG Pemangkin Kecemerlangan
Prof. Madya Dr.Hj.Sahandi Gani bin Hj.Hamzah, UPM

c. Memperkasakan PKG
Tn. Hj.Mohd. Adenan bin Deraman,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

d.Pusat Kegiatan Guru: Pengalaman Indonesia
Drs. Achmad Dasuki,
Pengarah Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Indonesia

e.PKG: Organisasi Pembelajaran Profesional
Prof.Dato’Dr.Ab Rahim bin Selamat
Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor

f.Reading Recovery Technique for Remendial English Language Learners
Puan Iris Sapok, BTPN Sarawak

g.Pengajaran Kod Tangan Bahasa Melayu Melalui DVD
Untuk Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Encik Abdullah bin Yaacob, PKG Tanjung Bunga, Pulau Pinang

h.Sistem Aplikasi Pengurusan Online: Satu Kekuatan Dalam Pengurusan
Pusat Kegiatan Guru Bukit Besar
Encik Ahmad Suhaimi bin Said, PKG Bukit Besar Terengganu

SLIS – Sistem Maklumat Cuti Staf
Encik Asha’an bin Oman, PKG Parit Stongkat Muar, Johor

i.PKG Pemakin Kecemerlangan Guru : Projek Inovasi Setiu Simple Sentence
Encik Shansuddin bin Ahmad, PKG Langkap, Terengganu

No comments: